Saturday, March 29, 2008

PRINSIP-PRINSIP KEPIMPINAN

1.1 PEHDAHULUAN

Islam sebenarnya tidak pernah meminggirkan masalah kepimpinan dan ini bersesuaian dengan kesyumulan yang terdapat di dalam islam yang mencakupi semua persoalan kehidupan termasuklah soal kepimpinan. Kepimpinan dapat dilihat sebagai satu amanah yang wajar dipikul oleh manusia kerana tanpa kepimpinan manusia akan hidup dalam keadaan huru-hara ibarat kapal tanpa nakhoda. Oleh kerana itulah, kepimpinan yang ditegakkan dalam islam mempunyai objektif yang tertentu untuk kesejahteraan manusia sama ada di dunia mahupun di akhirat. Bagi mencapai objektif tersebut,maka seorang pemimpin yang menjadi pemimpin di bawah kepimpinan islam mestilah mempunyai syarat-syarat yang perlu selari denga kehenak syarak. Sehubungan dengan ini Abu Daudmeriwayatkan daripada Abu Saiddan Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

اذا خرج ثلاثة في سفر فليؤمروا أحدهم

Maksudnya: “apabila tiga orang keluarbemusafir maka hendaklah mereka melantik salah seorang daripada mereka untuk menjadi ketua atau amir”.

2.1 DEFINASI KEPIMPINAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

2.1.1 Pengertian Kepimpinan dari sudut bahasa

Terdapat berbagai istilah yang dirujuk kepada kepimpinan dari sudut bahasa, antaranya Imamah, khalifah, qiyadah, za’amah, ria’ayah, ri’asah, dan siyadah. Dalam Kamus Dewan (1993:1038), perkataan kepimpinan berasal dari kata dasar pimpin yang bererti bimbing, pandu, tunjuk dan sebagainya. Apabila perkataan tersebut di tambah awalnya imbuhan ber-bermimpin- ia bermaksud berpegang tangan. Jika ditambah diawalnya imbuhan me-memimpin- ia bermaksud memegang tangan untuk menunjuk jalan seperti menuntun, mengepalai, mengasuh dan sebagainya. Manakala jika ditambah diawalnya dengan imbuhan pe-pemimpin- ia bermaksud seseorang yang bertindak mengetuai atau memimpin sesebuah masyarakat dan lainnya.

Dalam bahasa inggeris ia disebut sebagai leadership. Dalam Longman Dictionary of Contemporary English (1978:622), leadership membawa maksud the position of leader (kedudukkan pemimpin), control of power over group (kawalan atau kuasa terhadap sesuatu kmpulan) dan a group of people who lead (satu kumpulan manusia yang memimpin).

Mengikut R.M Stogdill (1948): Leadership is arelatioan that exists betweenperson is social situation and that persons who are leader in other situation. Coulder (1965), telah mengemukakan beberapa ciri untuk menunjukkan bagaimana istilah kepimpinan inmdapat difahami,antaranya ialah mereka yang pencapaiannya atas dasar beberapa matlamat dianggap sebagai tinggi ; mereka yang memberi dorongan dan mendapat sambutan secara jujur daripada rakyat; dan mereka yang statusnya diiktiraf sebagai lebih tinggi daripada orang lain yang terlibat dalam aktiviti yang sama. Dalam erti kata yang lain, kepimpinan merupakan suatu kedudukan yang tinggi dan disandang oleh mereka yang terbaik.

2.1.2 Kepimpinan dari sudut istilah

  1. Menurut Ibn. Taimiyyah (1971:137), kepimpinan adalah merupakan tuntutan agama, tanpa kepimpinan urusan pentadbiran agama dan bangsa tidak dapat dijalankan dengan sempurna.
  2. Menurut Muhammad Tahyir Rahbar (1986:13) pemimpin yang membawa dasar-dasar kepimpinan slam itu disebut sebagai pemimpin yang menjalankan politik (siasah) ketuhanan, manakala pemimpin tidak membawa asas-asas kepimpinan islam dikatakan sebagai pemimpin yang menjalankan politik (siasah) syaitan.
  3. Menurut Syed Husin Ali (1975:11), kepimpinan adalah fungsi pemimpin di dalam sesuatu masyarakat yang wujud hasil interaksi di antara orang-orang yang mempunyai kebolehan untuk melaksanakan pimpinan dengan keperluan yang timbul hasil keadaan yang tertentu dalam sesuatu ketika.
  4. Menurut Fathi Yakan (1984:37) kepimpinan adalah satu kemahiran berkomunikasi dengan fitrah manusia untuk mempengaruhi dan juga mengarah manusia kea rah mencapai matlamat dengan cara memastikan kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan.

Berdasarkan pentakrifan yang diberikan jelas bahawa pemimpin secara umumnya boleh dikatakan sebagai satu istilah yang ditujukan kepada sesorang yang bertindak mengetuai atau mengepalai memimpin sesuatu masyarakat, kumpulan, badan, pergerakan dan sebagainya untuk mencapai matlamat kumpulan atau organisasi yang dipimpin.

3.1 PRINSIP-PRINSIP KEPIMPINAN DALAM ISLAM

3.1.2 PRINSIP-PRINSIP ASAS DALAM KEPIMPINAN

3.1.3 Berpandukan al-Quran dan al-Sunnah

Al-Quran merupakan sumber pertama daripada sumber-sumber perundangan islam dan dijamin oleh Allah keasliannya sehingga hari kiamat daripada diseleweng dan dikotori oleh “ tangan-tangan jahat”. Kandungannya yang dimuatkan dengan 6000 ayat meliputi segala bidang hidup dan kecerdasan manusia yang merangkumi kepercayaan, peribadatan sehinggalah kepada hukum-hukum social, prinsip-prinsip ekonomi, kenegaraan, nilai-nilai mulia dan lain-lain.[1]

Sunnah Nabawiyyah pula merupakan sumber kedua daripada sumber-sumber syariah yang mana ia merupakan penjelasan bagi al-Quran dan sebagai pelengkap sistem Islam. Hadis-hadis ini dihuraikan oleh ulama-ulama dan muhaddithin yang berwibawa seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Ahmad dan sebagainya. Sejarah manusia belum pernah menyaksikan kemampuan seperti mereka, ketelitian mereka dalam menerangkan tingkatan sesuatu hadis, pengetahuan tentang perihal sanad dan matan, serta asal usul riwayat yang berkaitan dengannya sehingga sampai ketangan kita dalam keadaan bersih dan suci tanpa dicampuri syubhah . Assunnah yang telah memainkan peranannya sebagai sumber kedua telah mewujudkan bentuk-bentuk amali terhadap prinsip-prinsip yang terdapat dalam al-Quran.

Maka jelaslah bahawa kita wajib mengambil dan menggunakan al-Quran dan as-Sunnah sebagai perlembagaan dalam Negara islam. Perkara ini jelaskan di terangkan dalam hadis nabi Muhammad:

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang engkau tidak akan sesat selama-lamanya selagi mana engkau berpegang teguh kepada kedua-duanya : kitabullahdan sunnah nabi-Nya.”

3.1.4 Menegakkan kebenaran

Al-Haq atau kebenaran merupakan tunggak utama dalam ajaran islam yang perlu diterapkan baik diperingkat individu sehinggalah keperingkat Negara. Firman Allah Taala:

“(Allah S.W.T menyatakan kebenaran itu ) Dialah yang mengutus Rasul-Nya (Muhammad s.a.w ) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama islam ), supaya dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan agama yang lain: cukuplah Allah S.W.T menjadi saksi ( tentang kebenaran apa yang dibawa oleh Rasul-Nya itu)”.

Dalam hal ini seorang pemimpin hendaklah mengutamakan kebenaran yng hakiki terhadap kepimpinannya supaya dapat mengelakkan berlakunya unsur-unsur negatif seperti tidak menghukum secara adil dan tindakkan berat sebelah. Bagi pemimpin yang meminggirkan perkara kebenaran nescaya akan membawa kepada kemusnahan dan kehancuran serta tenggelam dalam runtuhan hawa nafsu yang merosakkan. Firman Allah Taala:

Ÿ

Maksudnya:……dan janganlah engkau menuruti hawa nafsu mereka,(dan berpaling) daripada kebenaran yang telah datang kepada engkau….

3.1.5 Syura (mesyuarat)

Syura adalah kaedah dan prinsip penting yang diajar oleh agama islam dalam melahirkan masyarakat islam yang membangun, maju, stabil dan adil. Sehubungan dengan kepentingan ini, perlaksanaan syura oleh pemerintahan Negara islam telah menjadi fardhu yang telah sabit secara jelas oleh al-Quran , al-Sunnah serta disepakati oleh para ulama. Bagaimanapun modus operandi kepada perlaksanaan syura diserahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan islam yang perlu disesuaikan mengikut keperluan-keperluan dan tuntutan perubahan zaman.

Al-Quran menyatakan dengan jelas bahawa pemimpin islam wajib mengadakan syura dengan orang yang mempunyai pengetahuan atau orang islam yang dapat memberi pandangan yang baik. Ini jelas dalam firman AllahTaala:


38. dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang Yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang Dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa Yang Kami beri kepadanya;

Menurut Mustafa Hj.Daud (1991:388) perkataan syura adalah berasal dariperkataan arab yang membawa erti sebagai mesyuarat. Manakala dari sudut istilah, ia membwa maksud peermesyuaratan yang diadakan oleh sekumpulan ulama dan umat islam dalam segala hal yang berkaitan dengan kepentingan dan kebajikan mereka berdasarkan keimanan dan ketakwaan.[2]

Menurut Ibn Manzur (1968,4: 434) dalam lisan al-Arab ,syura adalah penyaringan madu iaitu menyaring madu dari sarangnya. Syura diasaskan bertujuan untuk mewujudkan perbincangan dan perundingan antara cerdik pandai ahli agama untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Syura juga dianggap sebagai penetap hukum yang merupakan lambang asasi al-Syariah dan pemimpin yang tidak melaksanakannya wajib disingkir tanpa perselisihan pendapat para ulama.[3]

Edward William lane (1968 4:1616) menyatakan syura adalah gathered it from its hives and from other places.Takrifkan yang dikemukakan ini jelas menyokong takrif Ibn Manzur. Kedua-dua takrif yang dikemukakan memberi konotasi bahawa dalam syura memerlukan unsur-unsur kerahan berfikir dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

3.1.6. Tuntutan Syura

Al-Quran sebagai kitab petunjuk telah menjelaskan keperluan masyarakat terhadap syura. Penjelasan ini dinyatakan dalam nada yang agak tegas sebagai mekanisma penting kearah mewujudkan kepimpinan Islam yang adil. Penjelasan al-Quran terhadap keperluan dan kepentingan syura dijelaskan dalam ayat-ayat berikut:


Maksudnya : ….bermesyuaratlah dengan mereka dalam sesuatu urusan….[4]

Fiman Allah Taala:

`

104. dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.[5]

Menerusi ayat ini dapatlah kita membayangkan bahawa syura terdiri dari tiga dimensi, iaitu:

  1. Rasulullah s.a.w diperintahkan oleh Allah Taala melaksanakan syura dalam melaksanakan pentadbiran hal-ehwal keislaman dan masyarakat islam. Perlaksanaan perintah ini penting supaya ia menjadi contoh kepada para sahabat baginda dan generasi kemudiannya dalam urusan kepimpinan ummah.
  2. Adalah menjadi sifat umat Islam yang menjalankan urusan mereka sama ada dalam urusan keduniaan mahupun agama berasaskan prinsip syura. Perlaksanaan ini juga melambangkan kesatuan umat Islam dalam tindakan.
  3. Perlaksanaan syariat Islam memerlukan organisasi dan kumpulan manusia (ummah) yang sentiasa melakukan mesyuarat di antara sesama mereka dalam menggerakkan usaha-usaha tersebut.

Konsep dan keperluan syura yang telah disebut dengan jelas oleh al-Quran telah memberi peluang dan ruang kepada manusia berfikir sesuai dengan masa, tempat dan keperluan semasa.

3.1.7 Berlaku adil

Sinar Islam yang datang kepada umat manusia merupakan satu sistem yang global, berperikemanusiaan; tidak taksub kepada sesuatu puak, umat atau pun bangsa. Hubungan sesama manusia haruslah didasarkan kepada dasar akidah yang menjadi ikatan dalam pertalian antara individu dan individu yang lain.

Berdasarkan konsep ini, maka al-Quran diturunkan bagi menjamin dasar yang menjamin keutuhan jemaah dan ketenteraman individu, umat dan bangsa. Oleh itu pemimpin hendaklah berurusan dengan orang ramai atau rakyat secara adil dan saksama tanpa mengira bangsa, warna kulit keturunan atau agama sehingga dengan kumpulan yang menentang dasar-dasar Islam.

Galakkan kearah menegakkan keadilan dalam masyarakat ummah telah dirakamkan oleh Allah dalam firmanya:

58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.[6]

Keadilan yang dimaksudkan di sini amat luas bidangnya. Ia tidak hanya terbatas perlaksanaannya di bidang kehakiman sahaja malahan ia meliputi semua orang yang berautoriti atau mempunyai kuasa di semua bidang pemerintahan Negara.

3.1.8 Kebebasan mengeluarkan pendapat

Secara umumnya tidak ada individu yang suka dikongkong dan dipaksa. Sebagai insan biasa, setiap pengikut harus di beri kebebasan untuk berfikir secara kreatif dan kritis mengikut saluran yang sesuai dan tidak mengeruhkan hubungan sesama manusia. Konsep nasihat menasihati akan dalam keadaan hormat-menghormati akan wujud sekiranya setiap pengikut itu diberikan ruang dan peluang untuk menyuarakan pendapat mereka secara bebas dan penuh hikmah. Ini penting sekiranya sikap berpasukan dan kekitaan hendak diterapkan dalam hidup bermasyarakat yang harmoni.
Oleh itu seorang pemimpin Islam hendaklah memberi galakkan, dorongan kepada pengikut mereka untuk memberikan pendapat yang bernas mahu pun kritikan yang membina yang dapat dikongsi bersam dengan ahli-ahli organisasi yang lain.

Pemimpin Islam juga sedia untuk melayan segala pendapat dan saranan pengikutnya. Disamping itu beliau juga rela diperbetulkan sekiranya beliau lari dari landasan Syariat Islam.

Kebebasan fikiran bermaksud kebebasan berfikir dan mengeluarkan pendapat. Mengenai kebebasan ini islam bukan sahaja menjadikannya hak individu masyarakatnya, tetapi meletakkannya sebagai satu di antara tanggungjawab mereka. Firman Allah Taala:

104. dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.[7]

Setiap individu dan masyarakat adalah bebas memberi pendapatnya mengenai perkara-perkara keduniaan dengan syarat pedapatnya tidak mengandungi unsur-unsur penjejasan atau pencerobohan kehormatan orang lain atau fikiran yang boleh menimbulkan fitnah dikalangan masyarakat dan lain-lain yang seumpama dengannya.Konsep ini dijelmakan dengan begitu baik oleh Umar al-Khattab ketika beliau dilantik menjadi Khalifah Islam yang kedua. Umar telah bertanya kepada umat Islam ketika itu apakah yang akan dilakukan oleh mereka sekiranya beliau lari dari prinsip-prinsip Islam semasa pemerintahan beliau. Soalan ini disahut oleh seorang lelaki yang memberitahu Umar, bahawa sekiranya dia tidak memimpin umat Islam berlandaskan prinsip-prinsip Islam, maka Umar akan di betulkan dengan pedang.

3.1.9 Bekerjasama

Kerjasama atau saling membantu merupakan satu nilai yang positif mampu menyumbang kepada kecemerlangan umat. Dalam aspek kepimpinan dan pengurusan, nilai atau prinsip ini perlu dipraktikkan dengan sebaik-baiknya untuk memantapkan sistem pengurusan dankepimpinan di setiap peringkat. Setiap ahli masyarakat atau individu perlu memberikan kerjasama mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing bagi memastikan tercapainya aspek kepimpinan dan pengurusan masyarakat. Tanggungjawab memimpin dan mengurus bukan semata-mata terletak di atas bahu mereka yang menjawat jawatan pemimpin dan pengurus sahaja, bahkan ia merupakan tanggungjawab semua pihak. Firman Allah S.W.T:

Maksudnya : dan bertolong bantulah jamudalam mengerjakan dalam perkara-perkara kebaikkan dan taqwa, dan janganlah kamu bantu membantu dalam perkara-perkara yang berdosa dan melanggari perintah Allah S.W.T.[8]

4.0 Melaksanakan Makruf dan Mencegah Kemungkaran

Gerakkan menegakkan al-Maruf adalah bertujuan untuk mengerahkan segala tenaga manusia ke arah melakukan segala perbuatan yang baik (الخير/المعروف), manakala mencegah al-Munkar adalah bertujuan untuk menghalang manusia daripada melakukan segala perbuatan jahat(الشر/المنكر).

Bagi mencapai objektif ini, pemimpin adalah orang yang paling bertanggugjawab dalam melaksanakan perkara ini kerana merekalah yang mempunyai kekuasaan dan menguasai ke atas segala kemudahan Negara serta berkemampuan bertindak memandangkan segala kekuatan berada di tangan mereka.

Untuk mencapai tujuan tersebut alat-alat sebaran am hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk tujuan dakwah. Selain itu,pemimpin islam hendaklah bertindak menyediakan para pendakwah yang berkebolehan dan mengirimkan mereka ke tempat-tempat yang memerlukan kepada perkhidmatan mereka. Pendakwah-pendakwah hendaklah di bekalkan dengan alat kelengkapan, kemudahan-kemudahan untuk berdakwah.

5.1 KESIMPULAN

Kepimpinan islam merupakan kepimpinan yang mempunyai identitinya yang tersendiri dan terbukti kepimpinan tersebut telah berjaya memimpin masyarakat ke arah kecemerlangan dalam persoalan bernegara. Ini telah dibuktikan oleh Rasulullah s.a.w setelah tertegaknya kepimpinan islam di Madinah. Amat jelas, kepimpinan tersebut berlainan dengan sistem pemerintahan yang di perkenalkan oleh Barat seperti sistem demokrasi, autokrasi, komunis dan sebagainya. Ini dapat dilihat, di mana di bawah sistem-sistem pemerintahan tersebut telah menyebabkan rosaknya masyarakat berbanding dengan sistem pemerintahan kepimpinan islam. Situasi ini terjadi kerana dalam kepimpinan islam jelas terdapatnya objektif kepimpinan tersebut ditegakkan adalah untuk kemaslahatan manusia sama ada di dunia mahupun akhirat dan menekankan peri pentignya pembentukkan fizikal dan spritual masyarakat. Malah di kalangan mereka yang hendak menjawat jawatan sebagai ketua Negara pula mestilah mempunyai syarat-syarat yang terbaik dan termulia di antara manusia kerana tugas mereka adalah untuk memimpin manusia ke arah kebaikan. Inilah yang menyebabkan sistem kepimpinan Islam itu labih unggul daripada sistem yang lain.

.1 RUJUKAN

Dr. Mat Saad Abd.Rahman.1984. Perlembagaan Islam Sumber dan Prinsip. Bangi: UKM.

Prof. Madaya Dr. Mohd. Ishak bin Rejab. 1985. Kepimpinan Dalam Islam. Bangi .UKM

Zulkipli Abd. Ghani, Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (pnyt.). 1999. Kepimpinan Dakwah dan Politik Islam. Bangi. Unuversiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad Ibrahim Abu Sin.2002. Pengurusan Dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abd . Kadir Djaelani. 2001. Negara Berdaulat Dalam Perspektif Islam.Shah Alam Selangor: Pustaka Dini Sdn.Bhd.

Dr. Abu al-Maati Abu al-Futuh.1990. Islam Politik dan Pemerintahan. Shah Alam. Hizbi Sdn.Bhd.

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus.2003. Demokrasidan Kepimpinan Islam Suatu Perbandingan.Kuala Lumpur:Utusan Publication & DistributorsSdn.Bhd.

NORHAYAT BIN SADRI (A120660)

[1] Mutawalli, nota kaki, h,188

[2] Tamadun islam hlm 388

[3] Lisan al-Arab, juz 4, hlm 434

[4] Al-Quran surah Ali Imran3:159

[5] Al-Quran surah Ali Imran 3:104

[6] Al-Quran surah An-Nisa’ 4:58

[7] Al-Quran surah Ali Imran, 3:104

[8] Al- Quran surah al-Maidah 5:2

Friday, March 28, 2008

manusia dan keperluan kepimpinan

2.0 DEFINISI KEPIMPINAN

Menurut bahasa,dalam kamus dewan (1996) perkataan pemimpin berasal daripada kata dasar pimpin yang bererti bimbing,pandu,tunjuk dan sebagainya.Apabila perkataan tersebut ditambah awalanya pe-pemimpin, ia bermaksud seseorang yang bertindak mengetuai atau memimpin sesebuah masyarakat dan lainnya.Dalam bahasa Inggeris ia disebut leadership.[1]

Pengertian kepimpinan secara umum merupakan satu cara mengorganisasikan kegiatan manusia melalui pemusatan kuasa untuk mencapai matlamat kehidupan bermasyarakat.Ibn.Taimiyyah (1971) pula menyatakan bahawa kepimpinan merupakan tuntutan utama agama.Tanpa kepimpinan, urusan pentadbiran agama dan bangsa tidak dapat dijalankan secara sempurna.Fiedler (1967) pula memberi gambaran kepimpinan sebagai hubungan antara perseorangan dimana kuasa dan pengaruh diagihkan secara tidak sama rata sehingga seseorang individu boleh mengarah dan mengawal tindakan orang lebih daripada kawalan mereka ke atas individu.

Firman Allah S.W.T :

1.0 Keperluan.

Ø Al-Quran sebagai sumber wahyu ada menjelaskan tentang kejadian manusia.Manusia adalah istilah bahasa Melayu yang menyamai istilah yang disebutkan dalam Al-Quran iaitu al-ins,al-insan,al-nas dan al-basyar.Nama-nama yang terdapat dalam Al-Quran ini merujuk kepada manusia yang telah diamanahkan oleh Allah (swt) untuk menjadi khalifah Allah (swt) di atas muka bumi ini.Dengan kata lain, manusia menjadi tuan,pemerintah,pemilik dan pengguna ke atas segala kejadian di muka bumi ini sama ada di darat,laut mahupun udara.[2]

Ø Matlamat yang paling penting dalam kehidupan umat islam ialah menuju kepada pengabdian ,keberkatan,rahmat dan keredaan Allah S.W.T.Ini bermaksud segala amal yang dilakukan menjurus semata-mata kerana-Nya dalam semua perbuatan.[3]

Ø Oleh itu,dalam menuju kepada pengabdian diri kepada Allah, keikhlasan,ketakwaan dan ketaatan menjadi perkara penting yang perlu diambil kira dan jestru itu sebagai seorang pemimpin, selain menyeru mereka yang dibawah pimpinannya kepada amar makruf nahi mungkar,dia haruslah menjadi contoh tauladan untuk membawa kepercayaan kepada orang yang dipimpinnya.

Ø Dalam erti kata lain,pemimpin juga berperanan dalam membentuk akhlak yang sejahtera di kalangan masyarakatnya.Disamping itu,sistem kepimpinan ini juga berfungsi untuk menyatupadukan masyarakat agar hidup dalam keadaan aman damai dibawah naungan pemerintahan seseorang pemimpin.Ini dilakukan semata-mata dengan tujuan mewujudkan sebuah negara yang diredai oleh Allah S.W.T.

Ø Ketua dan kepimpinan merupakan cirri masyarakat manusia yang bertamadun hasil kerjasama antara individu.Setiap organisasi memerlukan ketua.Tugas utamanya ialah menyusun interaksi seluruh anggota organisasi untuk mencapai matlamat bersama.Islam mengalakkan agar setiap organisasi itu melantik seorang ketua sebagai lambang galakkan hidup yang berperaturan khususnya dalam organisasi.[4]

Ø Fitrah manusia itu sendiri menentukan perlunya kepada ketua atau pemimpin.Setiap individu dan kumpulan manusia mempunyai citarasa dan matlamat tertentu dalam hidup mereka.Ketua berfungsi untuk menyatu dan menyelaraskan semua pendapat, usaha dan tenaga untuk mencapai matlamat organisasi.[5]

Pemimpin begitu penting untuk merealisasikan kewujudan sebenar sesuatu umat.Oleh itu, pemerintah mesti diwujudkan dan dilantik untuk memimpin umat islam kerana sebab-sebab berikut:[6]

  1. Antara tanggungjawab terbesar yang diperintahkan oleh Allah kepada hamba-hambanya yang muslim adalah supaya mereka bersatu dengan cara berpegang kepada agama Allah dan tidak berpecah atau bertelagah sesama sendiri.Sesuatu umat tidak akan terselamat daripada angkara perpecahan dan pertelagahan melainkan apabila mereka menyerahkan kepimpinan mereka kepada seseorang ketua.Iaitu ketua yang dapat menyatukan mereka dan semua pendapat tunduk kepada kebijaksanaannya.Kedudukan pemerintah di kalangan semua individu umat pula adalah umpama paksi pada sesuatu bulatan.Dialah yang akan merealisasikan perpaduan dan menjaga keutuhan mereka melalui kepimpinanya.Jawatan tersebut amat perlu demi kestabilan undang-undang dan keharmonian keadaan.Ia turut dirasai oleh spesis haiwa dan ternakan.
  2. Sebahagian besar perlaksanaan hukum-hakam dalam syariat Islam tertakluk kepada kuasa pemerintah.Hukum-hakam itu tidak mungkin dapat dilaksanakan kecuali melalui kuasa dan arahan pemerintah, seperti menghakimi kes-kes mahkamah,melantik para penjaga,mengisytiharkan halangan(al-hajr) dan perang, memeterai perdamaian dan sebagainya.Oleh itu, bagi membolehkan hukum-hakam syarak dilaksanakan sepenuhnya dengan cara yang betul dan diterima oleh Allah, mestilah ada pemerintah yang akan melaksanakan hukum-hakam itu dan memantau perlaksanaanya.
  3. Dalam syariat Islam,terdapat satu kategori hukum yang disebut sebagai hukum-hakam imamah(pemerintahan) atau hukum-hakam siasah syar’iyah(politik Islam).Hukum –hakam dalam kategori ini bersifat fleksibel dan syarak tidak memutuskannya secara terperinci.Sebaliknya hukum-hakam dalam kategori ini diserahkan kepada pendapat dan ijtihad pemerintah berdasarkan kepentingan dan keadaan umat Islam.Contohnya, sebahagian besar hukum hakam berkaitan sistem pengurusan kewangan, gerakan ketenteraan dan pengurusan tawanan.Jika tiada pemerintah yang berkemampuan dan berwibawa untuk menduduki jawatan ini, sudah tentu segala hukum hakam ini akan terus tergantung tanpa dapat dilaksanakan.
  4. Umat Islam sentiasa terdedah kepada kemunculan kumpulan pelampau di kalangan mereka yang menimbulkan ketidakstabilan dalam masyarakat Islam.Mereka didorong oleh hawa nafsu atau fahaman-fahaman sesat yang berselindung di sebalik nama agama atau pemulihan masyarakat.
  5. Manusia suka melakukan penganiayaan sesama manusia.Jesteru itulah, pihak pemerintah bertanggungjawab melindungi golongan yang lemah dari kezaliman.Untuk memastikan keaamanan dan kemakmuran berkembang,pihak pemerintah bertanggungjawab menyusun, merancang dan melaksanakan program pengembangan ekonomi dan masyarakat.Harga barang wajib dikawal,penyeludupan wajar ditegah,monopoli golongan tertentu terhadap sesuatu sumber kekayaan wajar dihapuskan,mewujudkan peluang perkerjaan, memberi bantuan dan latihan kepada penganggur dan melindungi hak perseorangan dari digangu gugat orang lain.
  6. Keperluan ketua dalam pentadbiran dan pengurusan tiada siapa dapat nafikan.Tujuannya adalah untuk menyelaraskan arahan,mengatur dan mengelakkan pengunaaan pendapat sendiri yang boleh merosakkan masyarakat.Dalam erti kata lain ketua dalam pentadbiran dan pengurusan adalah untuk kemuslihatan umum.

Ø Usaha memadam ketidak stabilan ini hanya mampu dilakukan oleh seorang pemerintah Islam yang adil.Seorang pemerintah yang dapat menggariskan jalan yang betul kepada umat Islam dan mengingatkan mereka supaya tidak terpesong ke jalan yang lain.Ketika itu,umat Islam tidak akan terjebak dalam kekeliruan dan kebingungan disebabkan kejahilan mereka.Ini kerana mengikut hukum Allah S.W.T,perintah yang dikeluarkan oleh pemerintah adalah wajib dilaksanakan.

Ø Namun,ketika pemerintah ini tidak wujud,para pendokong pelbagai fahaman sudah tentu akan berusaha menjadikan umat Islam berada dalam kebingungan tanpa sebarang jalan penyelesaian.Akhirnya umat Islam akan berpecah kepada beberapa puak dan kelompok yang saling bercakaran.Mereka akan hancur disebabkan pertelagahan dan perpecahan itu.



[1] Ahmad Redzuwan Mohd Yunus,Demokrasi dan Kepimpinan Islam.2001,hlm 21.

[2] Mahayudin Hj. Yahya.Tamadun Islam.2001.hlm 3

[3] Ahmad Redzuwan Mohd Yunus,Demokrasi dan Kepimpinan Islam.2001,hlm 23

[4] Mustafa Hj Daud.Pengurusan Islam.1994.hlm 74.

[5] Ibid hlm 75

[6] Dr.Mustofa Al-Khin,Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji.Kitab Fikah Mazhab Syafie.2005.hlm2269-2270.

Wednesday, March 19, 2008

Kaedah Dan Corak Pemerintahan Islam

Pendahuluan

Kepentingan pemimpin dalam sesebuah masyarakat atau institusi tidak dapat dipertikaikan kerana tanpa pemimpin sesebuah masyarakat atau institusi atau badan tidak akan dapat berjalan dengan lancar. Justeru itu Agama Islam sebagai satu agama yang diwahyu oleh Allah kepada RasulNya dan diperintahkannya menyampaikan kepada manusia dan jin demi untuk kebahagiaan dan keselamatan mereka didunia dan akhirat memberi perhatian yang berat kepada masalah ini. Malah Islam mengganggap kewujudan pemimpin dalam sesebuah masyarakat atau badan adalah suatu perkara yang tidak boleh diabaikan.

Dalam konteks Negara pula melantik seorang khalifah atau imam (Ketua Negara) adalah wajib. Justeru tanpa seorang khalifah atau imam bertanggungjawab menjalankan segala urusan yang berkaitan dengan kepentingan umat Islam maka keadaan Negara akan menjadi kucar-kacir, kerana pelaksanaan hukum-hukum Islam, memungut hasil Negara, melantik qadi, menjaga keselamatn Negara, menubuh pasukan Negara, membicarakan kes-kes yang timbul, menyelesaikan perbalahan dan sebagainya, kesemuanya adalah memerlukan kepada pemimpin.

Oleh demikian itu, apabila Rasulullah wafat maka sebahagian daripada sahabat termasuk Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar telah berkumpul disuatu tempat yang bernama Saqifah Bani Sa’dah untuk membincangkan tentang perlantikan khalifah. Apabila mereka berselisih pendapat tentang siapakah dan dari golongan manakah khalifah perlu dilantik maka orang-orang Ansar telah mengusul supaya khalifah itu dilantik seorang daripada puak Ansar dan seorang lagi mengatakan dari golongan Muhajirin. Tetapi cadangan ini telah dicanggah oleh Saidina Abu Bakar dengan menghujjahkan bahawa orang arab tidak akan patuh melainkan kepada pemimpin orang Quraisy. Mendengar kepada hujjah tersebut maka kesemua mereka yang hadir dengan sebulat suara telah melantik Saidina Abu Bakar untuk menjadi khalifah.
Andainya perlantik khalifah tidak wajib nescaya para sahabat tidak akan bertindak sewenang-wenangnya membincangkan perkara itu, apatah lagi pada ketika itu jenazah Rasulullah masih belum dikebumikan.

KAEDAH DAN CORAK PEMERINTAHAN ISLAM

Pemerintahan Islam berbeza dengan pemerintahan manapun di dunia ini. Dengan demikian, pemerintahan islam tidak mungkin digolongkan kedalam salah satu corak pemerintahan dunia yang pernah ada. Pemerintahan Islam tidak ada bandingannya.

Pemerintahan Islam yang terikat dengan keharusan mengambil al-Quran menjadi “undang-undang dasarnya” tidaklah serupa dengan Pemerintahan Otokrasi dan tidak serupa pula dengan Pemerintahan Konstitusi, kerana Pemerintahan Konstitusi tunduk kepada undang-undang dan peraturan-peraturan buatan manusia.

“Sungguh pun tugas Pemerintah Islam untuk menegakkan agama, namun dia bukanlah sama dengan Pemerintahan Teokrasi, kerana Pemerintahan hanya pada jemaah ummat. Andaikata Pemerintahan Islam itu Pemerintahan Teokrasi, sudah tentu para Khalifah akan berbuat sesuka hatinya. Tetapi, para Khalifah dan semua pembesar Negara, terikat dengan nas al-Quran dan Sunnah” (al-Marhum Abdul Kadir).

Sungguh pun organisasi Negara Demokrasi, mirip dengan organisasi Negara Islam, dalam hal keharusan memilih Kepala Negara, keadilan, persamaan dan kemerdekaan, namun bahawa organisasi Negara Islam berbeza dengan organisasi Negara Demokrasi, kerana Negara Islam membatasi kemerdekaan pemerintah dan rakyat sampai pada had hawa nafsu dan shahwat. Keadilan dan persamaan tidak boleh dikonsepkan sesuka hati menusia. Dalam hal ini Islam telah menetapkan garis nyata dan dasar tegas. Sedangkan demokrasi memberi manusia kebebasan penuh, tanpa satu ikatan.
Sunguh pun organisasi Republik menyerupai organisasi Islam dalam hal pemilihan Kepala Negara, namun nyatanya bahawa tidak satu organisasi Republik pun yang membolehkan pemilihan Kepala Negara untuk seumur hidup, seperti halnya dengan organisasi Islam.

Antara organisasi Islam dengan organisasi kediktatoran manapun, tidak ada perserupaan sedikit jua pun, kerana organisasi Islam bersendikan “Bai’at dan Syura”, adanya batas jelas antara pemerintah dengan rakyat dan kebolehan memecat Kepala Negara, sedangkan dalam organisasi kediktatiran sedikitpun tidak ada yang demikian.[1]

Pemimpin yang unik dan ajarannya yang bersifat universal.

Keistimewaan lain yang sungguh mengagumkan, ialah pimpinan yang diberikannya adalah unik, berbeza dari segala pemimpin-pemimpin besar dunia yang lainnya. Jika pemimpin yang lainnya muncul sebagai lambang bagi karakter bangsanya, dan timbulnya merupakan puncak bagi sifat-sifat yang hidup di kalangan bangsanya itu, Nabi Muhammad berlain sama sekali ciri-ciri yang dapat digambarkan dari bangsa Quraisy.

Pemerintah dalam erti kita fahami, iaitu orang yang mempunyai kuasa dan tapak pemerintahannya, mempunyai rakyat yang menjadi warganegaranya, mempunyai kekuatan tentera yang mempertahankan perbatasannya, mempunyai undang-undang Negara yang mengawal kesejahteraan dan keadilan masyarakatnya, mempunyai jentera pemerintahan yang melaksanakan pentadbiran dan undang-undang Negara. Negara yang berdaulat dan berperlembagaan.[2]


Stuktur Pemerintahan

Pemerintahan Negara Islam dijalankan oleh seorang Ketua Negara melalui tiga badan kuasa iaitu Badan Perundangan, Badan Pelaksanaan dan Badan Kehakima dengan dinasihati oleh beberapa individu yang menganggotai Badan Syura.

Gelaran Ketua Negara

Dalam sejarah pemerintahan Islam hanya terdapat tiga gelaran sahaja yang dikhususkan bagi seorang Ketua Negara, sama ada ia dipanggil al-Khalifah, atau Amir al-Mu’minin atau al- Imam. Ketiga-tiga gelaran ini mempunyai latar belakang politiknya yang tersendiri.[3]

Badan Syura

Menurut tradisi sistem zaman pemerintahan Islam di zaman Rasulullah dan zaman-zaman Khulafa’ al-Rasyidin bahawa baginda dan khulafa’nya sering mengadakan permusyuaratan dan meninjau pendapat mengenai masalah yang menyentuh kepentingan rakyat. Dari tradisi ini dapat dilihat bahawa sudah terdapat satu badan yang berfungsi memberi pandangan kepada Ketua Negara. Badan ini sering disebut-sebut oleh penulis-penulis Islam sebagai Badan Syura. Keanggotaan badan ini tidaklah dibataskan bilangannaya malahan ia didedahkan kepada keperluan semasa dan kepentingan isu-isu yang akan dibincangkan.

Dalam isu yang berkaitan dengan bidang-bidang ikhtisas tertentu atau bidang akademik, Ketua Negara dikehendaki bermesyarat dengan ahli-ahli ikhtisas dan para ulama’.[4]


Badan-badan Berkuasa

Badan Perundangan
Badan Pelaksana (Pemerintah)
Badan Kehakiman

Badan Perundangan

Mengadakan peraturan-peraturan bagi maksud pelaksanaan hukum yang telah diputuskan dalam al-Quran dan Sunnah.
Dalam kes-kes yang terdapat beberapa andaian pengertian (tafsiran) terhadap teks al-Quaran dan Sunnah maka badan ini adalah bertugas untuk memilih satu tafsiran yang sesuai dengan keperluan semasa dan kepentingan umum.
Didalam isu-isu yang tidak terdapat hukumnya dari al-Quran dan Sunnah tetapi terdapat prinsip-prinsip umum yang ada kaitan dengan isu-isu itu maka badan ini bertugas mendapatkan hukum-hukum baru dengan berpandukan kepada prinsip-prinsip umum itu, atau memilih salah satu hukum yang terdapat di dalam kitab-kitab fiqh lama.
Di dalam isu-isu yang langsung tidak terdapat prinsip-prinsip umum al-Quran dan Sunnah maka badan ini bolehlah berusaha mendapakan dengan syarat hukuman itu tidak bertentangan dengan hukum-hukum lain atau bertentangan dengan prinsip umum syara’ yang ada.

Badan Pelaksana

Kekuasaan badan ini dipegang oleh Ketua Negara. Beliau dibantu oleh gabenor-gabenor dan jemaah menteri Negara. Mereka ini pula dibantu oleh ketua-ketua tentera, pegawai-pegawai keamanan, percukaian dan lain-lain kakitangan kerajaan.

Beban tugas badan ini ialah mentadbir urusan Negara menerusi ke semua Jabatan Kementrian seperti kewangan, pelajaran, peperangan atau pertahanan, pertanian, ekonomi dan lain-lain serta mengurus hal-hal yang berhubung dengan perjawatan, seperti melantik pegawai-pegawai di semua peringkat perjawatan atau memecat mereka menurut keperluan siasah ummah dan polisi pentadbiran Negara di dalam usah mewujudkan satu suasana untuk tujuan menegakkan hukum Islam.

Dengan lain-lain perkataan, Ketua Negara bersam-sama pembantunya menjalankan kerja-kerja pentadbiran Negara menurut keperluan siasah ummah ke arah menegakkan hukum Islam yang tidak melibatkan bidang-bidang perundangan dan kehakiman.

Sebenarnya tidak ada satu bentuk yang khusus bagi susunan badan pentadbiran ini. Islam tidak menghalang apa sahaja bentuk asalkan badan itu di dalam tugas kebebasan asasi mereka serta dapat pula mereka menikmati keadilan dan persamaan yang dikehendaki oleh Islam.

Badan Kehakiman

Kuasa dan tugas badan ini juga dipegang oleh Ketua Negara yang bersama-sama orang-orang yang telah diberikan mandat untuk menjalankan tugas yang sama. Untuk memegang jawatan qadi seseorang dikehendaki memenuhi beberapa syarat:

Lelaki yang sudah baligh
Waras fikiran
Bebas
Beragama Islam
Bersifat benar, amanah, bersih perjalanan hidupnya dan mempunyai maruah
Sempurna penglihatan dan pendengaran
Berilmu dengan erti mengetauhi hukum-hukum Islam dan mampu berijtihad

Tugas seorang qadi pada peringkat awalnya ialah menyelesaikan kes-kes perkelahian dan perbalahan yang berlaku dikalangan individu masyarakat Islam. Tetapi selepas itu bidang tugasnya telah diperluaskan sehingga meliputi pengurusan hal orang-orang yang ditahan mentadbir harta benda dengan sebab gila atau bodoh mengendalikan urusan anak-anak yatim, orang-orang yang miskin, harta-harta wasiat dan wakaf orang-orang Islam, kes-kes jenayah hudud seperti curi, zina dan jenayah ta’zir. Sebenarnya pengendalian bidang jenayah tersebut pada permulaannya adalah menjadi ikhtisas pemerintah yang kadang-kadangnya dikira juga sebagai ikhtisas pegawai keselamatan Negara.

Pada asasnya tugas seorang qadi ialah menentukan hukuman serta menjalankannya dalam sebarang kes perbalahan yang dibentangkan berdasarkan kepada apa yang terdapat di dalam sumber-sumber perundangan Islam yang telah dipersetujui oleh para ulama’ iaitu al-Quran dan Sunnah, Ijmak dan Qias. Kemudian bidang tugasnya telah diperluaskan seperti yang diterangkan.

Perlantikan dan pemecatan seorang qadi merupakan tugas yang dijalankan oleh Ketua Negara. Tetapi kadang-kadang Ketua Negara menyerahkan kuasa itu kapada gabenornya atau kepada Qadi al-Qudahnya.

Sesorang qadi mempunyai kebebasan penuh dibidang kehakiman. Ia diharuskan berijtihad untuk mendapat hukum dalam kes-kes tertentu. Sewaktu mengendalikan suatu perbicaaran, seorang qadi diharuskan berbincang dengan ahli-ahli fiqh (perundangan) lainnya sebelum menjatuhkan atau memutuskan hukuman dalam kes dibentangkan kepadanya.

Apa yang jelas, di akhir catatan berhubung dengan badan-badan berkuasa ini, bahawa dalam Islam tidak terdapat prinsip pemisahan kuasa-kuasa seperti yang kita dapati dalam sistem pemerintahan lainnya, seorang Ketua Negara Islam bertindak sebagai Ketua Negara ketiga-tiga badan berkuasa tersebut; beliau adalah Badan Perundangan dan juga beliau juga adalah Ketua Badan Pelaksanaan dan Kehakiman.[5]

Kepimpinan dan Keketuaan

Kedua-dua perkara ini mempunyai banyak persamaan dalam aspek-aspek yang tertentu. Pemimpin dan ketua memegang jawatan tertinggi dalam satu-satu organisasi. Mereka juga mempunyai outoriti ke atas orang yang dipimpinnya. Meskipun begitu dari segi strukturnya, ketua adalah lebih kecil dari pada pemimpin. Seseorang ketua mempunyai kuasa yang terbatas mengikut keadaan suasana kerja, undang-undang profesionalnya. Beliau juga bertanggungjawab mengawas pekerjanya menjalankan tugas sejajar dengan arahan dan peraturan-peraturan yang diberi. Dalam erti kata ini hubungan dengan orang bawahannya terjalin diatas asas pengkhususan tugas dan tanggungjawab yang tersabit dengannya. Ketua mempunyai kuasa tertentu yang membolehkan dia mengeluarkan arahan-arahan tertentu kepada orang-orang dibawah jagaannya. Mereka akan dikenakan tindakan sekiranya arahan-arahan ketua mereka ingkari.

Manakala pemimpin pula mempunyai bidang kuasa lebih luas. Seseorang pemimpin boleh menggunakan kewibawaannya bagi tujuan mempengaruhi orang bawahannya dalam hal kepatuhan kepada pemimpin menerima segala yang diberi dengan rela hati tanpa sebarang paksaan. Ini berti bidang kuasa seseorang pemimpin tidklah terbatas pada sesuatu kelompok sahaja bahkan ia menjangkau lebih luas dari itu.

Seseorang ketua tidak dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna apabila ia beranggapan bahawa jawatan itu sendiri mempunyai kuasa yang kononya kuasa itu boleh mempengaruhi rakyat untuk patuh dan tunduk kepada pemimpinnya tanpa sebarang usaha dirinya sendiri. Seorang pemimpin yang berjaya ialah mereka yang mampu memimpin jemaahnya dengan cara menyokong dan bertindak apa yang disenangi oleh jemaah.

Bentuk-bentuk Kepimpinan

Tokoh-tokoh pengurusan dan pakar jiwa kemasyrakatan bersependapat bahawa tidak terdapat sebarang bentuk kepimpinan yang tertentu yang mesti diikuti oleh seseorang pemimpin itu untuk mencapai matlamatnya. Tidak juga terdapat contoh yang ideal yang boleh dijadikan contoh utama kepimpinan yang boleh dijadikan ukuran sepanjangan masa dan tempat. Apa yang dimaksudkan dengan kepimpinan sebenarnya ialah peranan-peranan tertentu yang dimainkan oleh seseorang pemimpin dalam situasi dan keadaan tertentu yang merangkumi persoalan kemanusiaan dan juga berkaitan dengannya.[6]

R. Lipitt dan R. White telah menjalankan kajian mengenai bentuk-bentuk kepimpinan yang lebih berkesan dalam menggerakkan kumpulan kepimpinan, mendapati wujudnya tiga cara kepimpinan iaitu kepimpinan demokratik, authoritarian dan laissez faire. Ketiga-tiga cara kepimpinan ini diuji ke atas tiga kumpulan dalam masa tujuh minggu dengan menentukan peranan tertentu yang wajib dipatuhi seorang pemimpin.

1-Peranan Kepimpinan Demokrasi

Dalam corak kepimpinan bentuk demokrasi ini, segala keputusan adalah hasil dari suara ramai. Ketua hanya mempengerusikan suatu perbincangan sambil memberi peluang kepada setiap anggota jemaah kebebasan mengeluarkan pendapat. Demikian juga dalam bidang pekerjaan, setiap orang bebas memilih siapa yang akan menjadi rakan kongsi dalam suatu pekerjaannya. Pemimpin boleh menyarankan pendapat dan cadangan menerusi beberapa orang wakil daripada jemaah tidak hanya bergantung pada pendapatnya semata-mata. Sikap bekerjasama dan berjiwa rakyat hendaklah wujud pada pemimpin, serta menyedari dirinya sebagai salah seorang anggota masyarakat.

2-Peranan Kepimpinan Autokrasi

Kepimpinan dalam bentuk ini, kuasa mutlak berada ditangan pemimpin. Segala perancangan dan perlaksanaan ditentukan oleh pemimpin tanpa mengambil mandat daripada orang ramai. Arahan pelaksanaan kerja disampaikan kepada pekerja-pekerja secara berperingkat di mana kalangan mereka sendiri tidak tahu perancangan dan matlamat akan datang. Pemimpin sendiri mengagih-agihkan kerja di mana segala arahannya berbentuk diktator. Demikian juga dalam usahanya bagi menyelamatkan rakyatnya. Pemimpin juga terasing daripada masyarakat, kecuali pada waktu-waktu tertentu apabila ia berasa perlu untuk berdepan dengan rakyat bagi sesuatu tujuan.

3-Peranan Kepimpinan Laissez faire

Kepimpinan bentuk ini, pemimpinnya seolah-olah tidak berperanan. Segala keputusan aktiviti dan pelaksanaan sesuatu perkara diserah bulat-bulat kepada rakyat yang menentukannya. Pemimpin hanya memainkan peranan mengemukakan maklumat tertentu atau yang perlu, di samping membekalkan rakyat dengan bahan-bahan yang perlu untuk sesuatu pekerjaan. Pemimpin tidak diperlukan untuk mengemukakan apa-apa cadangan atau membuat penilaian terhadap sesuatu pekerjaan yang selesai dikerjakan.

Pengukuhan kepimpinan

Kajian dan pemerhatian terhadap pengurusan organisasi dalam berbagai-bagai peringkat membuktikan bahawa amalan pengurusan dan kekesanannya berbeza-beza antara satu organisasi dengan organisasi yang lain. Hal ini berlaku disebabkan banyaknya ‘red tape’ di samping wujudnya unsur-unsur yang memainkan peranan dalam mendamikan atau mempermudahkan perjalanan organisasi tersebut. Ini bermakna peraturan yang lengkap, kewangan yang cukup, kemampuan tenaga yang cukup, belum menjamin kejayaan sesebuah organisasi. Sebaliknya kejayaan sesebuah organisasi itu bergantung kapada cara kepimpinan yang dilaksanakan. Berapa banyak organisasi terbengkalai pengurusannya dapat dibangunkan setelah urusan kepimpinan diperbaiki. Sebaliknya banyak pula organisasi yang maju menjadi hancur setelah pengurusannya menghilangkan diri dan tempatnya diganti oleh seorang pengurus yang tidak cekap.

Berhadapan dengan masalah-masalah seumpama inilah golongan ahli-ahli pemikiran pengurusan masa kini mengambil jalan keluar iaitu dengan menghadkan sebanyak-banyak kemahiran yang perlu sahaja dimiliki oleh seseorang pemimpin dan untuk menstabilkan kepimpinannya. Kemahiran ini termasuklah pengetahuannya berhubung dengan Susana politik dan masyarakat di mana ia ditempatkan. Antaranya:

Kemahiran berfikir dan berpolitik serta mengenalpasti setiap kumpulan yang berada di bawah pimpinannya.
Kemahiran dalam hubungan kemanusiaan dan bagi mengenalpasti jenis tugas yang disandangkan kepadanya ia haruslah mempunyai kemahiran yang ketiga iaitu kemahiran kesenian.

1-Kemahiran Berpolitik

Dimaksudkan dengan kemahiran berpolitik ialah mempunyai kejelasan perjalanan politik bagi sesuatu kepimpinan di samping mengenalpasti suasana di mana seseorang ketua itu ditempatkan. Ini termasuklah pndangan umum terhadap kepimpinan, keperibadian yang berkaliber, selok-belok pengendalian kuasa, keupayaan menarik orang ramai terhadap usaha ke arah pencapaian matlamat. Dimaksudkan dengan kemahiran berpolitik ialah kemahiran menyelesaikan masalah di antara pandangan dan tekanan atau bantahan masyarakat. Kemahiran merancang, menyediakan kelengkapan secara teliti dan cermat demi untuk menjayakan segala projek dan rangka am bagi sesuatu berdasarkan falsafah dan tuntutan masyarakat juga dianggap sebagai kamahiran berpolitik.

2-Hubungan Kemanusiaan

Kemampuan seseorang pemimpin untuk berhubung mesra dengan setiap individu dan masyrakat. Kemahiran ini merupakan suatu kemestian yang harus dimiliki oleh seorang pemimpin dalan segala urusan yang ada kaitan dengan orang ramai. Seorang pemimpin perlu mempunyai persefahaman antara jemaah pemimpinnya dan mempunyai daya penggerak terhadap mereka dalam malaksanakan sesuatu tugas untuk kepentingan organisasi. Antara lain kewajipan pemimpin terhadap pekerja di bawah pemimpinnya ialah:

· Ia hendaklah menjadi contoh teladan yang baik dalam segala perkara.
· Menjaga hubungan di samping menitikberatkan urusan terhadap rakyat pimpinan dan bertindak adil dalam segala urusan.
· Meminta pandangan orang ramai serta menghormati pendapat mereka.
· Melatih rakyat melaksanakan pekerjaan secara amanah.
· Mempunyai keyakinan terhadap keupayaan rakyat dalam melaksanakan sesuatu yang diserahkah kepada mereka.
· Sentiasa mengawasi dan memerhatikan rakyat dalam melaksanakan tanggungjawab.

3-Kemahiran Kesenian

Yang dimaksudkan dengan kemahiran kesenian ialah di sini ialah sesuatu maklumat kepakaran
yang dimiliki oleh seseorang pemimpin dan sesuatu keupayaan melaksanakan serta mempunyai kecekapan menggunakan alat-alat yang disediakan yang ada hubungan dengan professional. Seseorang ketua yang kecekapan dalam bidang pengkhususannya akan menjadi contoh kepada orang-orang bawahannya juga dijadikan pakar rujuk. Dalam hal ini ketua sentiasa disegani, dihormati dan disanjungi. Meskipun seseorang ketua itu tidak diminta supaya menjalankan sesuatu pekerjaan tertentu dalam bidang pengkhususannya lantaran tugas yang banyak, namun pengetahuan kepakaran dan kesenian amat mustahak untuk membolehkan beliau membuat sesuatu perancangan dan pengagihan kerja kepada jemaahnya. Di sampang itu beliau melaksanakan sama ada sesuai dengan matlamat yang dikehendaki atau tidak.

3.1-Tuntutan-tuntutan kepada Kemahiran Kesenian

Menyakini matlamat yang dirancang dan disampaikan dengan jelas ke pengetahuan jemaah.
Mempunyai keupayaan membuat perancangan serta penyusunan kerja.
Bertanggunjawab dengan tugas yang diamanahkan serta baik pentadbirannya.
Memajukan organisasi serta berpandangan jauh.

3.1.1-Menyakinkan matlamat yang dirancangan dan disampaikan dengan jelas.

Pengukuhan yang utama bagi seseorang ketua yang berjaya pentadbirannya ialah mempunyai keyakinan terhadap matlamat serta berjuang bersungguh-sungguh untuk menjayakannya. Sehubungan itu pemimpin-pemimpin Islam telah menunjukkan beberapa contoh yang baik dalam soal bekerja dan mengorbankan jiwa raga dan harta benda demi untuk mencapai matlamat itu. Cerita Rasulullah bersama bapa saudaranya Abu Talib merupakan yang jelas menunjukkan keyakinan baginda terhadap matlamat perjuangannya dan Iltizam baginda dengan segala usaha bagi menjayakan matlamat tersebut.

3.1.2-Keupayaan merancang dan menyusun.

Keupayaan merancang dan menyusun suatu organisasi merupakan pengukur bagi membezakan kecekapan seseorang pemimpin yang lain. Keupayaan ini merangkumi kejelasan rancangan, dasar kerja, pengagihan dan pengkhususan kerja berdasarkan keupayaan tenaga menusia dan sumber kewangan yang diperuntukkan kepada seseorang ketua.

Penyelidikan mengenai kemajuan semasa membuktikan bahawa perancangan dan penyusunan suatu kerja sangat mempengaruhi kejayaan atau gagalnya sesuatu rancangan. Kegagalan kebanyakan projek disebabkan oleh ketiadaan keseimbangan antara perancangan dan penyusunan dengan keupayaan tenaga manusia dan kewangan yang diperuntukkan.

3.1.3-Iltizam (kometmen) terhadap tanggungjawab.

Di antara cirri-ciri penting seorang pemimpin ialah mempunyai kelainan kebolehan yang berbeza dengan rakan-rakan sejawatannya yang lain. Pemimpin ialah seorang yang sentiasa kehadapan, tidak berganjak dari tanggungjawab bahkan sentiasa berusaha untuk memajukan organisasi serta bersedia memikul beban tugas, sekalipun tugas itu memerlukan pengorbanan yang besar. Iltizam terhadap tanggungjawab bererti seseorang pemimpin itu memerlukan persediaan yang cukup untuk menhadapi pelbagai kemungkinan permasalahan yang bakal datng kepadanya. Dia juga sepatutnya mempunyai sifat keberanian membuat sesuatu keputusan dan bersedia menerima risiko dari keputusan yang dibuatnya.

Kepimpinan yang cekap amat diperlukan ketika sesebuah organisasi menghadapi sebarang kesulitan pentadbiran atau berlaku sesuatu ketidakseimbangan dalam aspek masa, tenaga dan kewangan. Kepimpinan yang baik dapat mengatasi hal-hal tersebut dengan kebijaksana dengan menggunakan kebolehan dan kepakaran yang ada padanya sehingga ia dapat mengembalikan kestabilan suasana hanya mengalami kerugian yang sedikit.

3.1.4-Memajukan organisasi serta berpandangan jauh.

Tugas seorang pemimpin yang paling terkedepan ialah berusaha menggerakkan organisasi pemimpinnya agar terus maju. Seseorang pemimpin tidak seharusnya berhenti daripada berfikir dan bekerja tetapi ia harus bekerja terus demi untuk mempertingkatkan kemajuan organisasi. Ia seharusnya bijak dalam mencipta, mereka dan mengenal pasti ehwal anggota organisasinya. Di samping itu fikirannya sentiasa bergerak dalam memperbaiki kedudukan organisasinya.[7]

SIFAT YANG PERLU ADA PADA SETIAP KEPIMPINAN

Menjadi contih yang baik: Menjadi contoh yang baik merupakan kewajipan terpenting seseorang pemimpin. Beliau hendaklah menjadi teladan kepada orang di bawah kepimpinannya. Seseorang pemimpin haruslah terlebeh dahulu mendidik dirinya dengan akhlak yang mulia dan menghayati tututan-tuntutannya seperti sabar, amanah dan nasihat-menasihati sebelum ia memaksa orang lain berbuat demikian. Tingkah laku dan tutur kata pemimpin juga hendaklah sesuai dengan apa yang telah diperuntukan oleh Allah. Ini adalah berdasarkan kepada tututan Allah,

“Wahai orang-orang beriman, mengapakan kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbual. Amat besar kebencian di sisi Allah, kerana mengatakan sesuatu yang kamu sendiri tidak kamu memperbuatnya”. (al-Saf: 2-3)

Pengurusan yang baik, adil dan bertimbang rasa: Seseorang pemimpin seharusnya bersifat kasih sayang, lemah lembut dan adil dalam menjatuhkan sesuatu hukuman. Pemimpin juga hendaklah mengambil berat urusan rakyat, menasihati mereka apabila mereka melakukan kesalahn dan menberi semangat dan dorongan andaiannya mereka inginkan kejayaan. Berbicara dengan mereka hendaklah dengan cara yang baik hingga mereka tunduk kepada pandangan dan nasihat secara senang hati. Sifat sedemikian banyak dimiliki oleh Nabi Muhammad adan Khalifa’ al-Rasyidin. Sehubungan dengan hal ini Allah telah berfirman:

“Dan rendahkanlah sayapnya (berhina dirinya) terhadap orang yang mengikuti di antara orang-orang mukmin” (al-Syu’ara: 215)

Dasar bermesyuarat dan bekerjasama: Berundangan dengan ahli-ahli jemaah dalam sesuatu urusan merupakan suatu perkara yang wajib dilakukan oleh seseorng pemimpin, kerana pendapat ramai lagi baik dari pandangan seorang. Lagipun kemampuan akal manusia terbatas. Dasar ini dalam urusan pentadbiran sebagai salah satu dari asas pengajian Islam yang wajib diterima dan dipraktikkan dalam segala urusan pentadbiran.

Latihan: Latihan suatu tututan kemahiran kemanusiaan yang hrus ada pada setiap pemimpin. Latihan merupakan sunnah yang memainkan peranan untuk memajukan sesuatu projek untuk dengan menyediakan pekerja-pekerja yang bertanggungjawab melaksanakan segala kerja dengan sebaik-baiknya.

Penyerahan kuasa: Amalan penyerahan kuasa terhadap orang bawahan sama ada pegawai atau pembantunya dalam kepimpinan seseorang pemimpin adalah antara faktor pengukuhan kemahiran kemanusiaan. Ketua atau pemimpin adalah juga manusia yang mempunyai kemampuan dan keupayaan yang terhad. Sudah tentu mereka tidak mampu untuk memikul segala-galanya tanpa menyerah setengah urusan pentadbiran kepada gabenornya untuk selesaikan. Selanjutnya amalan penyerahan kuasa ini secara tidak langsung akan melahirkan rasa yakin gabenor terhadap keupayaan diri dan kepercayaan ketua terhadapnya. Ini akan lebih mendorong seseorang yang diserahi tanggungjawab menjalankan tugas dengan penuh amanah, dedikasi dan tekun.

Penyeliaan dan kawalan akaun: Penyeliaan dan pentaksiran adalah perlu dalam pengurusan dan ada kaitan langsung dengan kemahiran kemanusiaan. Ia merupakan suatu kesinambungan kepada tatacara penyerahan kuasa daripada seorang ketua kepada pegawai-pegawai bawahannya. Beliau hendaklah menyemak dan menilai segala kerja yang diserahkan.


Kesimpulan

Perbicangan mengenai kepimpinan pengurusan dalam Islam dapatlah disimpulkan bahawa sifat-sifat keistimewaannya adalah seperti berikut:

Kepimpinan adalah berbentuk sederhana dalam semua aspek. Ini bermakna segala hak dan kewajipan setiap individu dan jemaah Islam diagih secara adil dan sama rata dalam bentu sederhana- tidak terlampau keras dan tidak pula terlalu lemah-lembut- tidak juga secara paksaan melampau.
Kepimpinan dalam Islam ialah kepemimpinan kemanusiaan yang sentiasa mengambil berat dalam mengawal dan menjaga kehormatan menusia, menjamin segala keperluan mereka dan memperbaiki segala urusan perhubungan mereka.
Kepimpinan Islam berbentuk kepimpinan jama’ie. Tidak ada perbezaan antara pemimpin dengan yang dipimpin kecuali tugas dan tanggungjawab yang amat berat yang dipertanggungjawabkan kepada seorang pemimpin.
Ia merupakan kepimpinan yang mesti diyakini dan mempunyai matlamat yang mesti dihayati. Pemimpin haruslah menjadi contoh kepada semua lapisan masyarakat dalam segala hal. Ia menjadi ikutan mereka dalam hal hubungannya dengan pekerjaan, dalam memburu cita-cita dan dalam ketekunan serta pengorbanannya demi untuk mencapai matlamat.

Rujukan

A.Hasjmy, Dimana Letaknya Negara Islam, “Penerbitan Pustaka Nasional Singapura 1970”.

H. Zainal Abidin Ahmad, Sejarah Islam dan Umatnya Sampai Sekarang, “Penerbit Bulan Bintang Jakarta”.

Dr. Mat Saad Abdul Rahman, Perlembagaan Islam, “diterbit oleh Ikatan Studi Islam” UKM

Dr. Abu al-Maati Abu al-Futuhn Kahirah, Sistem Pemerintahan Dalam Islam, UKM.

Prof. Madya Dr. Ishak Mohd Rejab, Kepimpinan Dalam Islam, “Jawatankuasa Dakwah UKM”.

Ahmad Ibrahim Abu Sin, Pengurusan Dalam Islam, “Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2002”.
[1] A. Hasjmy (DIMANA LETAKNYA NEGARA ISLAM) “Penerbit pustaka Nasional Singapura 1970”
[2] H. Zainal Abidin Ahmad (SEJARAH ISLAM DAN UMATNYA SAMPAI SEKARANG) “penerbit Bulan Bintang Jakarta”.
[3] Dr. Mat Saad Abd. Rahman (PERLEMBAGAAN ISLAM) “Diterbit oleh Ikatan Studi Islam UKM.
[4] Dr Abu al-Maati Abu al-Futuh Kahirah (SISTEM PEMERINTAHAN DALAM ISLAM) UKM.
[5] Dr. Mat Saad Abdul Rahman (PERLEMBAGAAN ISLAM) “Diterbit oleh Ikatan Studi Islam” UKM
[6] Ahmad Ibrahim Abu Sin (PENGURUSAN DALAM ISLAM) “Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2002”.
[7] Ahmad Ibrahim Abu Sin (PENGURUSAN DALAM ISLAM) “Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2002”.